Rabu, April 24, 2013

TEMPAT MENARIK DI SABAH


Kota Kinabalu

Kota Kinabalu, atau lebih mesra dikenali sebagai KK, merupakan ibu negeri Sabah di Malaysia. Bandar pesisir pantai yang menyeronokkan ini kaya dengan sejarah dan tradisi yang menggamit pengunjung tempatan dan asing untuk meneroka dan membongkar rahsia keindahan hutan hujan, ekosistem semula jadi dan terumbunya serta kepelbagaian budayanya. Pendaki tegar dari seluruh pelusuk dunia bertumpu di sini untuk menawan mercu tandanya yang paling terkenal, Gunung Kinabalu, yang megah berdiri setinggi 4095 meter dari aras laut.
5 Aktiviti Wajib

Kinabalu Park

Taman Kinabalu

Pencinta alam dan pendaki tegar pasti kagum melihat syurga botani bergunung-ganang ini, terutamanya Gunung Kinabalu, puncak kelima tertinggi di seluruh Asia Tenggara!



Manukan Island

Pulau Manukan

Kemudahan dan aktiviti sukan air yang hebat serta perairannya yang sangat jernih menjadikan Pulau Manukan begitu memikat bagi mereka yang inginkan percutian pantai yang menyeronokkan! Di sini juga ada denai tinjau alam untuk diterokai serta lokasi yang sesuai untuk mengkaji burung.


Tanjung Aru

Tanjung Aru

Kombinasi sempurna untuk berseronok-seronok dan berehat dalam belaian bayu laut yang dingin dan pasir lembut keemasan. Pantai ini sangat sesak terutamanya pada hujung minggu, dikerumuni penduduk tempatan dan pelancong yang menanti untuk menyaksikan pemandangan indah matahari terbenam.


Mari-Mari Cultural Village

Kampung Budaya Mari-Mari

Di kampung kecil yang indah ini, anda dapat melihat sendiri lima kaum etnik utama di Sabah - Kadazandusun, Bajau, Murut, Rungus dan Lundayeh - menjalani kehidupan seharian seperti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka beratus-ratus tahun dahulu.



Lok Kawi Wildlife Park

Taman Hidupan Liar Lok Kawi

Taman Hidupan Liar Lok Kawi menyediakan potret kehidupan pelbagai hidupan liar dan keindahan semula jadi di sekitar Sabah. Antara binatang yang dipamerkan di sini ialah gajah pigmi Borneo, orang utan, badak sumbu Sumatera serta pelbagai jenis burung yang berwarna-warni.


Perjalanan ke/dari lapangan terbang

PengangkutanTempohTambang
Bas Mini ke Terminal Wawasan10 minitRM2
Teksi ke pusat bandar10 minitRM30

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

TEMPAT YANG PATUT KITA LAWATI


Kuching

Kuching benar-benar mewakili jiwa kucing si haiwan jinak dengan rentaknya yang perlahan tetapi boleh menjadi cergas bila-bila diperlukan. Sebagai salah satu bandar terbesar di pulau Borneo, Kuching menawarkan pelbagai aktiviti luar serta keindahan semula jadi yang masih dara di tanah yang luas terbentang. Gabungan budaya dan kaum etnik yang berlainan termasuk Iban, Bidayuh, dan Kenyah menambahkan lagi nilai dan tarikan bandar yang mengagumkan ini.
5 Aktiviti Wajib

Sarawak Cultural Village

Kampung Budaya Sarawak

Kampung budaya yang kaya dengan sejarah dan warisan ini menawarkan peluang untuk melihat lebih dekat kehidupan harian orang Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau dan suku kaum lain.



Cat Museum

Muzium Kucing

Bergembiralah wahai peminat kucing! Pelajari fakta menarik tentang teman anda yang manja ini di satu-satunya muzium kucing di Malaysia.


Kuching Waterfront

Kuching Waterfront

Laluan luas berpokok yang popular sebagai tempat pertemuan untuk warga tempatan dan pelancong ini mempamerkan kepelbagaian Borneo di satu tempat, daripada hasil hutan penduduk asli hinggalah barangan antik dan banyak lagi!



Borneo Highlands

Tanah Tinggi Borneo

Antara aktiviti menarik ialah berkayak merentasi hutan hujan, berenang bersama orang Bidayuh dan memberi makan orang utan di Pusat Pemulihan Hidupan Liar Semenggoh.



Damai Beach

Pantai Damai

Pantai yang indah ini menjadi tempat yang sering dikunjungi warga Kuching untuk mencari ketenangan terutamanya pada hujung minggu kerana jaraknya yang hanya sejam perjalanan dari bandar.


Perjalanan ke/dari lapangan terbang

PengangkutanKeTambang
Bas ulang-alikHotel TuneRM10
TeksiPusat bandarBermula daripada RM26

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

PERCUTIAN INDONESIA SOLO


Solo

Sala, Surakarta, Solo – kerajaan Mataram purba mungkin memiliki banyak nama, tetapi memiliki satu personaliti yang menawan. Hanya 65 kilometer jauhnya dari Yogyakarta yang lebih popular, bandar Jawa Tengah ini adalah contoh unggul pengalaman Indonesia yang asli. Daripada pemandangan luar yang hebat kepada kuil-kuilnya yang menarik serta masakan tempatan yang lazat, tanah Batik unik yang dipenuhi dengan keindahan menawarkan pelbagai keseronokan kepada peneroka.
5 Aktiviti Wajib

Tawangmangu

Tawangmangu

Kemajuan bandar yang tidak disentuh, kecantikan asli gunung berapi terpendam akan mengagumkan anda. Untuk mereka yang bersedia untuk membuat perjalanan jauh, anda akan diganjarkan dengan pemandangan air terjun Grojogan yang menakjubkan. Kawasan hutannya terkenal dengan pemandangan yang indah dan Kuil Sukuh yang berhampiran berbaloi untuk turut diterokai.



Karaton Kasunanan Surakarta

Karaton Kasunanan Surakarta

Dibina pada tahun 1744 oleh Sunon Paku Buwono II, rumah agam lama ini merupakan tempat tinggal kerabat diraja Surakarta. Ia kini adalah salah satu tarikan pelancong yang mesti dikunjungi di Solo. Di sini, para pengunjung bukan sahaja boleh menyaksikan seni bina gaya Jawa dan kolonial, bahkan juga galeri yang memaparkan barangan purba termasuk senjata, boneka, pakaian, serta kendati diraja.



Wayang Wong

Wayang Wong

Pantomim oleh pelakon, Wayang Wong juga dikenali sebagai Wayang Orang. Persembahan yang mengasyikkan ini biasanya mengadaptasi kisah Ramayana dan Mahabrata dari Hindu, atau kisah Raden Panji dan Chandra dari Jawa. Anda boleh menyaksikan persembahan Wayang Wong di banyak teater di sekitar bandar.



Galeri Batik Danar Hadi

Galeri Batik Danar Hadi

Salah satu budaya besar Solo yang menawarkan kain tradisional yang dipanggil batik. Dihiasi dengan gambar lama dan alatan membuat batik purba, anda boleh mengetahui semuanya mengenai sejarah kaya batik di galeri khusus ini. Terdapat juga kawasan demonstrasi di mana anda boleh menyaksikan pakaian halus ini dibuat di depan mata anda.



Pasar Triwindu (Pasar Windujenar)

Pasar Triwindu (Pasar Windujenar)

Sebagai satu daripada pusat untuk budaya dan warisan di Jawa, Solo adalah tempat yang hebat untuk mencari barangan antik. Satu tempat untuk ditujui ialah Pasar Triwindu, yang dikenali sebagai “syurga antik” dalam kalangan orang tempatan dan pencari barangan antik. Di sepanjang barisan kedai di pasar ini, anda boleh mencari mata wang dan syiling lama, pakaian dan boneka batik vintaj, basikal dari tahun 1930-an, dan bahkan pelbagai barangan yang dikatakan merupakan fosil prasejarah dari Sangiran.


Perjalanan ke/dari lapangan terbang

PengangkutanTempohTambang
Teksi30 minitDaripada Rp 50.000
Bas (Batik Solo Trans)1 jam +Rp 7.000

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

AirAsia | Destination highlights | Indonesia - Bandung


Bandung

Tree-lined boulevards and graceful colonial buildings hark back to Bandung’s past grandeur as “Parijs van Java”-- the Paris of Java. The city is surrounded by fertile highlands dotted by picturesque tea plantations and fruit orchards which also make excellent vantage points for outdoor sports enthusiasts. Bandung to many, is a shopping paradise filled with factory outlets and affordable designer goods, whilst for the smaller spenders, it’s a recreational city filled with dramatic landscapes and palatable offerings.
Top 5 Must Do's

Shopping

Shopping

Let’s not deny that shopping is the main reason why Bandung is crowded all year long! Whatever you’re hunting for, you will definitely not run out of areas to shop - Pasa Baru for general fashion items; Jl. Dr. Setiabudi, Jl. Riau (Jl. LLRE Martadinata) and Jl. Dago (Jl. Ir. H. Juanda) for factory outlets; Jl. Trunojoyo and Jl. Sultan Agung for distribution outlets; Jl. Cihampelas for jeans and Jl. Cibaduyut for shoes and leather accessories. Look for affordable finds at Bandung’s malls (air-conditioned, mind you) like Cihampelas Walk (CiWalk), Bandung Supermall or Paris Van Java.



Angklung Performance

Angklung Performance

The pride and joy of the Sundanese, UNESCO has given the Indonesian Angklung the status of Intangible Cultural Heritage. There are several places where you can watch Angklung performances, Saung Angklung Udjo being the most popular one. Aside from an impromptu Angklung lesson, the daily show presents audience with excerpts from traditional art forms such as wayang golek (wooden puppet show), traditional dances and ceremonies.



Mount Tangkuban Parahu, Kawah Putih and Ciater

Mount Tangkuban Parahu, Kawah Putih and Ciater

It takes only a couple of short trips from Bandung to discover the secret to West Java’s verdant landscape: volcanic activity. Drive to Mount Tangkuban Parahu crater’s rim, the only mountain in Indonesia where you can do so. Witness the magical hues of Kawah Putih’s crater. A massage session and a dip in the hot spring water at Ciater make a perfect ending for your mountain excursion.



Tea Plantations and Strawberry Farms

Tea Plantations and Strawberry Farms

A walk among the tea plantations can prove to be calming and therapeutic, but you can also go for more active pursuits such as biking, horseback riding or even paragliding. Family members young and old will enjoy picking strawberries and eating various strawberry-themed meals at one of the many strawberry farms. Oh, did we mention that the cooling weather is perfect for the plantation walks as well?



Colonial Buildings

Colonial Buildings

Everywhere you go, you will see the remnants of elegant colonial Dutch buildings from hotels to warehouses, including Bandung’s iconic landmark Gedung Sate (the governor’s office). Architecture enthusiasts will be happy to know that Bandung has the largest collection of 1920s art deco buildings in the world.


To and from Husein Sastranegara International Airport

TransportationToDurationFare
TaxiCity centreApproximately 10 minsFrom Rp 50.000

Your awesome getaway awaits you right here!

sia | Destination highlights | Indonesia - Bandung

JOM BALI


Bali

Ramai mengetahui bahawa Bali lah tempatnya untuk percutian pantai yang menyeronokkan – begitu banyak aktiviti hebat boleh dilakukan seperti meluncur ombak, menyelam, dan bersnorkel. Selain daripada itu, banyak lagi aspek Bali yang sebenarnya boleh diterokai. Daripada galeri seni, kawasan perlindungan monyet dan juadah tempatan yang lazat, anda boleh meneroka semua ini dan banyak lagi mengikut kesesuaian masa sendiri. Tempat-tempat seperti Kuta dan Legian menawarkan suasana yang rancak, bising dan sibuk, manakala Ubud pula sangat tenang dan masa seakan-akan bergerak lebih perlahan. Pilihlah mana yang berkenan.
4 Aktiviti Wajib

Jimbaran Bali

Jimbaran

Salah satu pantai terbaik di Bali, teluk yang tenang ini terkenal dengan pemandangannya yang indah berlatarkan matahari terbenam, tempat paling sesuai untuk menikmati makanan laut yang menyelerakan di tepi pantai.




Kuta Beach

Pantai Kuta

Selamat datang ke tarikan tepi laut terbesar di Bali. Pantai ini biasanya sesak dengan pelancong dan papan luncur mereka, serta penjaja tempatan yang menjual bermacam-macam benda daripada snek hinggalah urutan kaki.



Tanah Lot

Tanah Lot

Salah satu kuil untuk ziarah suci di Bali, terletak di puncak bentukan batu yang dipisahkan oleh laut. Nikmati panorama mengagumkan serta pengalaman penuh unsur budaya melalui tarian Kecak.



Padang-padang

Pantai Padang Padang

Salah satu lokasi meluncur yang terkenal di pulau ini, tumpuan pelancong yang ingin menikmati ombak besar dan berjemur di bawah sinaran mentari. Kelas belajar luncur juga boleh didapati di sini.


Perjalanan ke/dari lapangan terbang

PengangkutanTempohTambang
Teksi ke Kuta15 minitRp 50,000
Teksi ke Denpasar24 minitRp 70,000 - Rp 90,000
Teksi ke Jimbaran10 minitRp 60,000
Teksi ke Nusa Dua20 minitRp 100,000
Teksi ke Sanur20 minitRp 95,000
Teksi ke Ubud1 jam 15 minitRp 195,000

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

Selasa, April 23, 2013



Hari Raya Dah Dekat! JOM BALIK!
Terbang dari Kuala Lumpur
Pulau PinangJohor BahruKuchingKota Kinabalu
All-In-Fare
dari RM
29
SingapuraHat YaiPadangPekanbaru
All-In-Fare
dari RM
52
YangonYogyakartaSoloBdr. Ho Chi Minh
Hong KongMacauKunmingBali
All-In-Fare
dari RM
69
dan banyak lagi destinasi!
Tempah sekarangTempah dari 22 - 28 Apr 2013   Terbang dari 1 Jul - 31 Ogo 2013
Tertakluk kepada terma & syarat.
Cari penerbangan sekarang!
Kini terbang ke BUSAN dari Kuala Lumpur
TEMPAT DUDUK EKONOMIPremium Flatbed
Busan
All-In-Fare
dari RM
199
All-In-Fare
dari RM
699
Tempah sekarangTempah sekarang hingga 28 Apr 2013Terbang dari 15 Jul 2013 - 30 Apr 2014Tertakluk kepada terma & syarat.
Jom Balik Undi! Lebih penerbangan untuk anda!
Fly from Kuala Lumpur
Kota Bahru (Lebih dari 9x sehari)
Kuala Terengganu (Lebih dari 4x sehari)
All-In-Fare
dari RM
84
Tempah sekarangTempah sekarang hingga 26 Apr 2013Terbang dari 3 - 6 Mei 2013 Tertakluk kepada terma & syarat.
Lebih banyak penerbangan ke Indonesia!
Terbang ke Jakarta
All-In-Fare
dari RM
89
Johor Bahru (4x seminggu)
Terbang ke Bali
Kota Kinabalu (3x seminggu)
Terbang ke Medan
Johor Bahru (3x seminggu)Pulau Pinang (5x sehari)
Terbang ke Surabaya
Kuala Lumpur (7x sehari)Pulau Pinang (Harian )
Tempah sekarangTempah dari 22 - 28 Apr 2013   |   Terbang dari 16 Mei - 30 Sep 2013 Tertakluk kepada terma & syarat. Penerbangan baru atau penerbangan tambahan untuk Jakarta-Johor bermula: 16 Mei 2013; Medan: 7 Jun 2013; Surabaya: 13 Jun 2013; & Bali: 27 Jul 2013.
Big Card
Tukar Mata Ganjaran BIG anda kepada penerbangan percuma dengan Program Kesetiaan BIG AirAsia.Daftar secara PERCUMA sekarang!

AirAsiaGo.com promotion^ Kembali ke atas
Thailand yang menakjubkan
Penerbangan pergi-balik + Penginapan + Cukai dari RM499
Tempah sekarangTempah dari 22 Apr - 5 Mei 2013
Terbang dari 1 Jul - 31 Oct 2013
Tertakluk kepada terma & syarat.
Terbang jauh, bayar sedikit!
Penerbangan pergi-balik + Penginapan + Cukai dari RM739
Tempah sekarangTempah sekarang hingga 30 Apr 2013Terbang sekarang hingga 30 Jun 2013
Tertakluk kepada terma & syarat.
FacebookTwitter
AirAsia -  World's Best Low-Cost Airline 2009, 2010, 2011 & 2012