Kuching
Kuching benar-benar mewakili jiwa kucing si haiwan jinak dengan rentaknya yang perlahan tetapi boleh menjadi cergas bila-bila diperlukan. Sebagai salah satu bandar terbesar di pulau Borneo, Kuching menawarkan pelbagai aktiviti luar serta keindahan semula jadi yang masih dara di tanah yang luas terbentang. Gabungan budaya dan kaum etnik yang berlainan termasuk Iban, Bidayuh, dan Kenyah menambahkan lagi nilai dan tarikan bandar yang mengagumkan ini.
Kampung Budaya SarawakKampung budaya yang kaya dengan sejarah dan warisan ini menawarkan peluang untuk melihat lebih dekat kehidupan harian orang Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau dan suku kaum lain.Muzium KucingBergembiralah wahai peminat kucing! Pelajari fakta menarik tentang teman anda yang manja ini di satu-satunya muzium kucing di Malaysia.Kuching WaterfrontLaluan luas berpokok yang popular sebagai tempat pertemuan untuk warga tempatan dan pelancong ini mempamerkan kepelbagaian Borneo di satu tempat, daripada hasil hutan penduduk asli hinggalah barangan antik dan banyak lagi!Tanah Tinggi BorneoAntara aktiviti menarik ialah berkayak merentasi hutan hujan, berenang bersama orang Bidayuh dan memberi makan orang utan di Pusat Pemulihan Hidupan Liar Semenggoh.Pantai DamaiPantai yang indah ini menjadi tempat yang sering dikunjungi warga Kuching untuk mencari ketenangan terutamanya pada hujung minggu kerana jaraknya yang hanya sejam perjalanan dari bandar.
Percutian idaman sedang menanti anda di sini! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan