Bali
Ramai mengetahui bahawa Bali lah tempatnya untuk percutian pantai yang menyeronokkan – begitu banyak aktiviti hebat boleh dilakukan seperti meluncur ombak, menyelam, dan bersnorkel. Selain daripada itu, banyak lagi aspek Bali yang sebenarnya boleh diterokai. Daripada galeri seni, kawasan perlindungan monyet dan juadah tempatan yang lazat, anda boleh meneroka semua ini dan banyak lagi mengikut kesesuaian masa sendiri. Tempat-tempat seperti Kuta dan Legian menawarkan suasana yang rancak, bising dan sibuk, manakala Ubud pula sangat tenang dan masa seakan-akan bergerak lebih perlahan. Pilihlah mana yang berkenan.
 | 4 Aktiviti Wajib |

Jimbaran
Salah satu pantai terbaik di Bali, teluk yang tenang ini terkenal dengan pemandangannya yang indah berlatarkan matahari terbenam, tempat paling sesuai untuk menikmati makanan laut yang menyelerakan di tepi pantai.

Pantai Kuta
Selamat datang ke tarikan tepi laut terbesar di Bali. Pantai ini biasanya sesak dengan pelancong dan papan luncur mereka, serta penjaja tempatan yang menjual bermacam-macam benda daripada snek hinggalah urutan kaki.

Tanah Lot
Salah satu kuil untuk ziarah suci di Bali, terletak di puncak bentukan batu yang dipisahkan oleh laut. Nikmati panorama mengagumkan serta pengalaman penuh unsur budaya melalui tarian Kecak.

Pantai Padang Padang
Salah satu lokasi meluncur yang terkenal di pulau ini, tumpuan pelancong yang ingin menikmati ombak besar dan berjemur di bawah sinaran mentari. Kelas belajar luncur juga boleh didapati di sini.
 | Perjalanan ke/dari lapangan terbang |
| Pengangkutan | Tempoh | Tambang |
| Teksi ke Kuta | 15 minit | Rp 50,000 |
| Teksi ke Denpasar | 24 minit | Rp 70,000 - Rp 90,000 |
| Teksi ke Jimbaran | 10 minit | Rp 60,000 |
| Teksi ke Nusa Dua | 20 minit | Rp 100,000 |
| Teksi ke Sanur | 20 minit | Rp 95,000 |
| Teksi ke Ubud | 1 jam 15 minit | Rp 195,000 |
Percutian idaman sedang menanti anda di sini!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan